Sunday, September 21, 2014

Cuti Cuti Lake Toba.

Menjejaki Misteri Lake Toba

Assalm, kali ini aku nak mengajak kalian ke Lake Toba, kabarnya ada cerita misteri disebalik tasik itu, sebenarnya cuti ni saja aku ke Lake Toba atau Danau Toba, tempatnya sejuk hampir sama mcm Cameron Highland. Sesudah Sampai di Bandara Polinia aku sekali lagi menggunakan perkhidmatan Pak Supir yg membawa ke Ke Aceh. Jadi dari medan kereta yg di pandu pak supir terus melulur ke distinasi ke di Danau Toba, setalah masuk waktu Asar aku singgah sebentar di Masjid utk solat Asar. Bagi Pengamatan aku rata2 masjid di Medan ni hingga ke Aceh rekebentuk nya hampir sama, nahhh aku uploadkan masjid ini.

Masjid Baitul Rahman , Di Aceh

Masjid Pinggir Kota Medan

Jika Dilihat Masjid2 ni Kubah2nya hampir serupa, ada 2 atau 3 masjid yg sy solat hampir sama. Ok berbalik kepada perjalanan ku ke Danau Toba, kira2 2jam aku tiba di daerah Berastagi, tempat yg agak dingin jgk, kira mcm Genting Hightland jgk laa...singgah sebentar di pasar pagi sebentar nak lihat2 perniagaan org2 sana, rata2 org2nya adalah suku Batak..

Jualan pasar pagi

Keadaan pasar

Nenek ni umur dah 70thn tp sihat

Abis pusing2 pasar pagi, aku beli gak la makanan org2 sini, rsnya mmg la agak lain dr masakan org Malaysia, apapun boleh laa utk perut yg lapar..Nah ni aku dah nak sambung perjalanan ke Danau Toba ni, nanti sy kongsikan Gambar2nya.

Tu dia Danau Toba dah Nampak

Air terjun yg akan terus Ke Danau Toba

Pemandangan yg menenangkan




Haaa Akhirnya di Puncak DanauToba ( Belakangku itu Danau Toba)

Aku Dan Kuda Keliling Pncak Toba ni Byr sekitar rp20,000 aja

Bro koboi ni yg ajar naik kuda


Aku bermalam di Danau Toba dan keesokan aku berangkat ke Polonia, bkn apa sekadar berkongsi pengalaman di tempat org. Sebenarnya banyak gambr lagi aku nak share tp bila nak upload gambar ni ambil masa sgt (maklumla Laptop Lama) jika ada yg berminat nak jenjalan ke Danau Toba boleh tel aku.(019-3605287), Ada pakej aku sediakan buat kalian...Daaaa..
Selamat Tinggal Danau Toba.. moga jumpa lagi....



Slogan yg mengatakan ORANG BATAK JANGAN MATI SEBELUM INJAK DANAU TOBA DAN PULAU SAMOSIR.

Friday, September 19, 2014


Jejak Tsunami

Sambungan
Kembara Ke Aceh 

Misi Di Teruskan.

 Ketemu lagi di bab terbaru aku dan Aceh...heheheh selepas 2 jam perjalanan akhirnya sampai jugak aku di Bandar Aceh, Serambi Mekah...menarik jgk tempatnya walaupun bandarnya belum lagi teratur penuhnya...sampai di aceh sekitar jam 5pm jadi aku menunaikan solat tayatul masjid dan niat iktikaf sekali... masuk dalam masjid tersebut mmg terasa kebesaran Allah, bayangkan air laut yg laju melanggar  Bandar Aceh sekali gus meranamkan semua isi padat yg ada di bumi aceh, tapi kuasa Allah lebih hebat, tidak berganjak walau seinci pun Masjid Baitul Rahman itu, malah menjadi tempat orang ramai berlindung. Masyallahhh


Pandangan Sisi Masjid Baitul Rahman
  
pandangan hadapan
member satu dorm
haaa, tu dia pic Aku...    

Masjid Baitul Rahman

Selepas aku solat dn pusing2 sekitar masjid, kami mencari hotel untuk kami rehat2kan badan, hotelnya sekitar kawasan masjid juga... kira boleh laaa utk lelap2 mata bayar pun x banyak kira RM60 duit malaysia. Lepas check in, kami makan malam dan solat magrib lepas tu terus lena dibuai mimpi, cuma aku pi cari tukang urut utk meregangkan urat2 yg kusut ( harap maklum tukang urut ku bkn yg kalian sangkakan ya, ni betul2 tukang urut) hehehehe.

Pada keesokan hari aku pergi kekawasan diman tempat2 yg boleh dikira kawasan bersejarah bagi penduduk tempatan Aceh antaranya seperti gambar2 yg akan aku upload ni:-

Kapal yg dikabarkan duduk di tengah2 terdapar di pantai

pandangan sisi. Difahamkan ada jgk mayat2 dibawahnya yg tidak dikeluarkan

di hadapan hotel sebelum check out

kapal di tengah laut , mendarat di tepian

Itu la jadinya jika penulis menjadi Jurugambar, pasti gambar x kelihatan. huhuhu. Perjalan di teruskan tp sebelum itu aku singah sebentar di pasar Aceh, membeli sedikit makanan buat bekal utk perjalanan ke daerah Melaboh melalui jalan di persisiran pantai Bandar Aceh. Berikut gambar2 yg aku rakam sepanjang perjalanan.
sebelum tggalkn Bandar Aceh, singgah kepasarnya

Sungai, di Bandar Aceh

pasarnya seolah2 aku berada di Chow Kit Plak.

Pot Bot Sampan Nelayan Aceh

Menunggu Teman Barangkali

Selesai aku di pasar Aceh kira2 1 jam aku dan team terus meluncur ke daerah Melaboh, dan aku juga merakamkan gambar2 di sekitarnya:-
Rakaman Terakhir Di Bandar Aceh

Pemandangan sisir Pantai

Pemandangan Yg Mengnakjubkan

Kg Nelayan
Pulau yg dikatakan boleh setanding dgn Langkawi

Track Jalan menghala ke Melaboh
Haaaa, akhirnya dapat jugak bergambarr...heheh
 
Jika nak diceritakan di sini munkin x cukup jadi dipendekan cerita, setalah tiba di Melaboh kami bermalam dan keesokan terus ke daerah Tapak Tuan dan langsung ke Medan. Tujuan utama aku ke Aceh adalah pergi menziarah Rumah Anak2 Yatim yg dibina dan ditubuhkan oleh salahsatu NGO yg aku sertai di KL dan memberi sedikit bantuan kewangan pada mereka... Insyallah ada kelapangan akan aku coretkan lagi pengalaman ku di Perantaun dan ada sedikit catatan ku di Kemboja bagi bantuan derma kilat bagi warga org2 Melayu Cham yg tinggal disana, dimana kg dan sekolah Mahad Tahfiz mereka terbakar.

Note: Segala gambar2 disini adalah asli di rakamkan oleh ku tanpa menggunakan effect Photoshop. ;)
Sekian

Jejak Tsunami

Kembara Ke Aceh Part 2

Misi Pencarian Kesan Tsunami

Assalam, Semua aku nak sambung balik misi ku di aceh ni... selepas berehat aku dan team meneruskan perjalanan menghala ke bandar Aceh di mana sebelum itu kami singgah di kawasan daerah Baron ,tempat hasil bumi galian minyak laaa, seperti di terengganu kalau x silap Kemaman atau Paka.. perhhh tempat mmg terbaik laaa, kira kgnya masih dara laa gitu, udara pun segar beb!!

Sawah Nan subur di Daerah Baron    
ok lepas menghidu udara yang segar bugar perjalanan ku di teruskan di satu daerah sebelum aku tiba di bandar Aceh.. tapi lupa pulak aku nama pekan ni...masa tiba tu cuaca agak dingin kebetulan hujan gerimis jadi jalan agak becakk sikit laaa..sapa tau pekan ni....

Daerah yg aku Lupaa..heheheh
Aku bermalam 1 malam sebelum tiba di Bandar Aceh, sengal2 jugak rs badan ni maklum la naik Kijang ( kalau sini Inova laa) duduk pulak kat belakang, hampir muntah aku dibuatnya, maklumla jalannya masyallah masih belum berturap mmg rs mcm naik kuda jgk laaa...
Anak2 yg nak kesekolah.

Gambar diatas di rakamkan selepas aku bergerak nak ke Aceh sekitar 2 jam perjalanan dr bandar yg aku tido semalam...Bapak sejuk gilerrr beb.. ok laa nanti sambung... tetiba perut laporrrr plakkk..To Be Sambunggg!!! heheheh


Thursday, September 18, 2014

Jejak Tsunami


Kembara Ke Aceh

Misi Kemanusian selepas Tsunami


Asssalamualaikum, rasanya lama sudah aku tidak lagi meng update blog ni, jadi rasanya ingin kali ini aku kongsikan pengalaman ketika aku pergi melawat di negara jiran iaitu Aceh yg dikenali sebagai Serambi Mekah.Kitika perjalanan dr KLIA ke Polonia Medan, ketika itu pesawat belum lagi mendarat di Bandar Aceh, nak di jadikan cerita agak kekok jugak di negara orang sesudah tiba di Terminal Polonia sekitar jam 10.am, dgn keadaan ulat2 di airport yg kurang enak, memaksa segala bagai supaya menggunakan perkhidmatan mereka sedangkan hanya tolak troli itu gratis( percuma)  ckp org Indon. Sementara menunggu pemandu yg telah aku tempah seminggu sebelum tiba di Medan..Munkin perjalanan ku ini mengambil masa 3 atau 4 hari lagi pun aku bukan keseorangan tp ditemani oleh 3 orang rakan lagi. Pagi ini perjalanan ku bermula dr Airport terus menghala keutara Aceh melalui jalan2 pinggir kota. Tempat persinggah pertamaku adalah di Masjid sekitar pinggir kota Medan.
Masjid Di Sekitar Kota Medan
Anak2 KAriah Masjid Medan ini
Antara Jemaah Menunaikan solat Zuhor
Aku Pulak aku apa nama masjid ni, tp aku difahamkan ada makam didalamnya adalah dikalangan kerabat Sultan Selangor, tp tidak pasti sejauh mana kebenarannya. setelah Selesai aku meneruskan perjalanan yg agak panjang utk tiba di perkampungan Loksemawe, Aceh, tempat yg menarik lagi belum tercemar, air sungainya juga masih jernih
Salah seorng Team Member aku.


Hampir 4 jam perjalan aku singgah sebentar di hentian rehat tepi jalan utk membasahkan tekak. di Loksemawe.
Mesin Air Tebu yg masih menggunakan Sistem dahulu kala.
Pekana Rojak Buah.. terbaikkk koo
Pot Lepak Dgn Pak Supir

Lepas minum dan pekena rojak kami bergegas meneruskan perjalanan...ok laa kite sambung episod perjalanan ku ke Aceh.
warongan Tepi Sawah..

RONDA RONDA KUALA LUMPUR SEMPENA MERDEKA KE 63

 JOM CUTI CUTI MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN  YANG KE 63 HARGA PAKEJ RM290 Pakej Termasuk:  Date: 30-31/8/2020 šŸ¢Apartment Service taraf...