Wednesday, March 14, 2018

Cari Ketenangan di Ha Long Bay

Ha Long Bay adalah sebuah teluk seluas  kira-kira 1,500 kilometer persegi di sebelah utara Vietnam. Ia terletak kira-kira 180 kilometer dari Hanoi dan perjalanan ke teluk itu mengambil masa empat jam.

Keindahan semula jadi teluk ini membolehkan ia diiktifaf UNESCO sebagai satu dari 7 kejaiban dunia bagi alam semula jadi pada tahun 1994.

Teluk ini terdiri dari 1.969 pulau-pulau batu kapur. Beberapa pulau memiliki sejumlah gua. Hang Dau Go (Gua Pasak Kayu) adalah gua terbesar di wilayah Ha Long. Penjelajah Perancis yang datang ke tempat itu pada akhir
abad ke-19 memberi nama,  Grotte des Merveilles. Gua-gua ini mengandungi stalaktit dan stalagmit.

Penduduk Vietnam memiliki kepercayaan bahawa bangsa mereka berasal dari naga. Mengikut cerita lagenda,  Vietnam menghadapi penjajah dari Utara yang menyerang negara itu dari laut.

Untuk melindungi Vietnam, Kaisar Giok mengurung Ibu Naga dan anaknya ke bumi. Ibu Naga dan anaknya membakar musuh dengan api dan mengeluarkan batu zamrud besar sebagai tembok pertahanan.

Akhirnyta penjajah berjaya dikalah dan tenggelam dalam laut. Selepas beribu-ribu tahun peristiwa itu, batu-batu zamrud berkenaan berubah menjadi pulau-pulau dengan berbagai ukuran dan bentuk.

Dikisahkan dalam legenda itu, Ibu Naga dan anaknya tidak kembali ke syurga, tetapi tinggal di dunia sebagai manusia dan membantu penduduk bertani, menternak, dan memperluas negara itu.

Untuk mengenang jasa Ibu Naga dan anaknya, penduduk yang hidup di teluk tempat perempuran itu  menamakan teluk tersebut Halong, sedangkan teluk di mana anak naga turun disebut sebagai Bai Tu Long
(terima kasih kepada anak naga).

Sebanyak 1,600 penduduk Halong tinggal menetap di beberapa desa nelayan terapung, antaranya  Cua Van, Ba Hang, Cong Tau dan Vong Vieng. Kaji selidik mendapati penduduk Halong kuno pandai membuat peralatan dan senjata yang unik seperti kapak untuk bertani dan berburu. Mereka juga mahir membuat produk seramik.

Kebanyakan penduduk Halong ialah  nelayan selain terbabit dalam industri pelancongan . Pada 2012, kehadiran ramai pelancong menjadikan kawasan sekitar Ha Long Bay tercemar dengan sampah sarap
sehingga banyak sumber ikan mati. Justeru, kerajaan terpaksa memindahkan penduduk tempatan ke daratan.

Di sekitar Halong terdapat beberapa gua yang menjadi tumpuan pelancong seperti Thien Cung (Gua Istana Surga), Dau Go (Gua Kayu Apung), Sung Sot (Gua Kejutan), dan Tam Cung (Gua Tiga Istana).

Gua-gua berkenaan dihias dengan lampu bagi menjadikan suasana di dalamnya lebih bercahaya dan menarik. Bebatuan, stalagtit, dan stalagmit di dalam gua-gua itu dan yang terbentuk seperti haiwan, contohnya Gua Thien Cung dikatakan menjadi tempat pernikahan wanita bernama May dengan raja naga yang berlangsung selama tujuh hari tujuh malam. Pernikahan tersebut dirayakan gajah dan ular
lalu membentuk mengikut bentuk haiwan terbabit.

Antara aktiviti yang paling biasa di sini ialah melihat penorama Ha Long Bay dengan kapal (cruise) kecil sama ada pakej untuk sehari atau bermalam. Anda juga akan dijamu dengan hidangan makanan laut segar. Selain itu, pelancong berpeluang melakukan aktiviti berkayak, menaiki bot buluh (bamboo boat) dan melawat ke beberapa gua yang unik.

Jika berminat mengunjungi Ha Long Bay, jom ikut kami meneroka dan melihat alam semula jadi yang pastinya membuatkan anda terpegun selain melupakan seketika tekanan kerja di pejabat atau di rumah.

Pakej bajet yang kami sediakan memang berbaloi kerana anda membayar kos yang sederhana untuk mengunjungi antara lokasi yang paling cantik di dunia. Jika berminat, hubungi kami di talian berikut.

www.wasap.my/60193605287 (Nizam)
www.wasap.my0133625296 (Roslan)
(Whatsapp/Call)

Pakej oleh:
Myaltitute 30 Travel & Tours Sdn Bhd

Kpl Lesen: 8279
Wisma Yakin, Kuala Lumpur.
(Muslim Pakej)

PAKEJ HANOI 4H3M

HARGA (GROUND)

Harga asal: RM1,110 seorang
Harga Promosi: RM950 seorang
 (Minima 6 orang)

Nota:

1) Cukup min grup utk pergi atau jika kekurangan jumlah min, ia ditampung oleh grup.
2) Booking awal di perlukan.
3) Beri tarikh tepat cuti untuk kami check harga tiket flight.

Date: Open date

PAKEJ TERMASUK:

# Penginapan 3 malam di hotel dengan sarapan (bilik dua atau bertiga)

# Makanan seperti dilampir dalam atur cara (2 makan tengah hari/3 makan malam)
 di restoran halal berbeza.

# Pengangangkutan sepanjang di Hanoi dan Ha Long

#Bayaran untuk tiket dan melihat panorama di Hanoi dan Ha Long Bay

#Pengangkutan kapal untuk melihat panorama Ha Long Bay

#Tour guide yang boleh berbahasa Inggeris

#Air mineral (2 botol sehari).

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

X Tour selain dalam pakej dan insurans

XTiket kapal terbang

XTip untuk tour guide dan pemandu ($3 seorang)

NOTA:
#0-2 tahun: percuma

#3-6 tahun: bayaran 50%

#7 tahun ke atas:

Bayaran:

DEPOSIT:
RM400 seorang.

(Baki bayaran 30-90 hari sebelum bercuti)

ATUR CARA PAKEJ:

Hari 1 (D)
Selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, wakil kami akan membawa ke hotel di Hanoi.
- Lawatan ke French Opera House
- Masjid Al-Noor Hanoi
- Makan malam di restoran halal

Hari 2 (B,L,D)
Sarapan di hotel
- Bertolak ke Van Phuc Village (kira-kira 12 km dari Hanoi). Kampung ini terkenal dengan seni pembuatan sutera.
Anda boleh melihat pembuatan sutera dan membeli baju dan cenderamata.
- Makan tengah hari di restoran halal
- Bertolak ke bandar Ha Long. Ha Long Bay dipilih UNESCO sebagai antara 7 tempat paling cantik bagi alam semula jadi
di dunia pada 1994. Perjalanan mengambil masa 4 jam dan sepanjang perjalanan, anda boleh melihat panorama
indah di kawasan luar bandar di utara Vietnam. Vietnam kaya dengan permandangan alam semula jadi, gunung
ganang dan sawah padi.
- Petang balik ke hotel untuk makan malam di restoran halal di Ha Long.

Hari 3 (B,L,D)
Selepas sarapan, jalan-jalan separuh hari dengan kapal di Ha Long Bay. Bersiap sedia dengan kamera untuk
mengambil panorama indah di teluk ini.
- Melawat Dramatic Caves, perkampungan nelayan, paradise grottos dan chicken kissing rock (mercu tanda Ha Long Bay)
- makan tengah hari akan disediakan dalam kapal. Anda akan dijamu makanan laut segar dan kopi Vietnam sambil melihat
panorama indah di sekitar Ha Long Bay.
- Petang bertolak ke Hanoi.
- melihat panorama Hoam Kiem Lake
- membeli belah di 36 Ancient Street
- Pertunjukan Water Puppet
- Makan malam di restoran halal di Hanoi

Hari 4 (B)
Selepas sarapan, bertolak ke lapangan terbang bersama kenangan indah di Hanoi.

Nota:
Untuk mengikuti cerita pengembaraan saya yang lain jom layari www.facebook.com/jomcutibeb







No comments:

RONDA RONDA KUALA LUMPUR SEMPENA MERDEKA KE 63

 JOM CUTI CUTI MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN  YANG KE 63 HARGA PAKEJ RM290 Pakej Termasuk:  Date: 30-31/8/2020 šŸ¢Apartment Service taraf...