Friday, September 19, 2014


Jejak Tsunami

Sambungan
Kembara Ke Aceh 

Misi Di Teruskan.

 Ketemu lagi di bab terbaru aku dan Aceh...heheheh selepas 2 jam perjalanan akhirnya sampai jugak aku di Bandar Aceh, Serambi Mekah...menarik jgk tempatnya walaupun bandarnya belum lagi teratur penuhnya...sampai di aceh sekitar jam 5pm jadi aku menunaikan solat tayatul masjid dan niat iktikaf sekali... masuk dalam masjid tersebut mmg terasa kebesaran Allah, bayangkan air laut yg laju melanggar  Bandar Aceh sekali gus meranamkan semua isi padat yg ada di bumi aceh, tapi kuasa Allah lebih hebat, tidak berganjak walau seinci pun Masjid Baitul Rahman itu, malah menjadi tempat orang ramai berlindung. Masyallahhh


Pandangan Sisi Masjid Baitul Rahman
  
pandangan hadapan
member satu dorm
haaa, tu dia pic Aku...    

Masjid Baitul Rahman

Selepas aku solat dn pusing2 sekitar masjid, kami mencari hotel untuk kami rehat2kan badan, hotelnya sekitar kawasan masjid juga... kira boleh laaa utk lelap2 mata bayar pun x banyak kira RM60 duit malaysia. Lepas check in, kami makan malam dan solat magrib lepas tu terus lena dibuai mimpi, cuma aku pi cari tukang urut utk meregangkan urat2 yg kusut ( harap maklum tukang urut ku bkn yg kalian sangkakan ya, ni betul2 tukang urut) hehehehe.

Pada keesokan hari aku pergi kekawasan diman tempat2 yg boleh dikira kawasan bersejarah bagi penduduk tempatan Aceh antaranya seperti gambar2 yg akan aku upload ni:-

Kapal yg dikabarkan duduk di tengah2 terdapar di pantai

pandangan sisi. Difahamkan ada jgk mayat2 dibawahnya yg tidak dikeluarkan

di hadapan hotel sebelum check out

kapal di tengah laut , mendarat di tepian

Itu la jadinya jika penulis menjadi Jurugambar, pasti gambar x kelihatan. huhuhu. Perjalan di teruskan tp sebelum itu aku singah sebentar di pasar Aceh, membeli sedikit makanan buat bekal utk perjalanan ke daerah Melaboh melalui jalan di persisiran pantai Bandar Aceh. Berikut gambar2 yg aku rakam sepanjang perjalanan.
sebelum tggalkn Bandar Aceh, singgah kepasarnya

Sungai, di Bandar Aceh

pasarnya seolah2 aku berada di Chow Kit Plak.

Pot Bot Sampan Nelayan Aceh

Menunggu Teman Barangkali

Selesai aku di pasar Aceh kira2 1 jam aku dan team terus meluncur ke daerah Melaboh, dan aku juga merakamkan gambar2 di sekitarnya:-
Rakaman Terakhir Di Bandar Aceh

Pemandangan sisir Pantai

Pemandangan Yg Mengnakjubkan

Kg Nelayan
Pulau yg dikatakan boleh setanding dgn Langkawi

Track Jalan menghala ke Melaboh
Haaaa, akhirnya dapat jugak bergambarr...heheh
 
Jika nak diceritakan di sini munkin x cukup jadi dipendekan cerita, setalah tiba di Melaboh kami bermalam dan keesokan terus ke daerah Tapak Tuan dan langsung ke Medan. Tujuan utama aku ke Aceh adalah pergi menziarah Rumah Anak2 Yatim yg dibina dan ditubuhkan oleh salahsatu NGO yg aku sertai di KL dan memberi sedikit bantuan kewangan pada mereka... Insyallah ada kelapangan akan aku coretkan lagi pengalaman ku di Perantaun dan ada sedikit catatan ku di Kemboja bagi bantuan derma kilat bagi warga org2 Melayu Cham yg tinggal disana, dimana kg dan sekolah Mahad Tahfiz mereka terbakar.

Note: Segala gambar2 disini adalah asli di rakamkan oleh ku tanpa menggunakan effect Photoshop. ;)
Sekian

No comments:

RONDA RONDA KUALA LUMPUR SEMPENA MERDEKA KE 63

 JOM CUTI CUTI MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN  YANG KE 63 HARGA PAKEJ RM290 Pakej Termasuk:  Date: 30-31/8/2020 🏢Apartment Service taraf...